Wednesday, 28 September 2016

REPORT HEDONISME


PENGENALAN

Hedonisme berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan ialah suatu pola pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti hiburan dan keseronokan semata. Menurut kamus dewan pula, hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan muda mudi.

Salah satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.

Selain itu, kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan juga diistilahkan sebagai budaya hedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri ini seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja.Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak ini dikesan dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.




FAKTOR-FAKTOR BUDAYA HEDONISME

Bagaimana budaya hedonisme semakin menjadi pengamalan generasi muda sekarang?Ramai pihak menyalahkan pihak media sebagai medium utama yang menyebarkan budaya barat ini. Sebenarnya terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang budaya hedonisme ini dalam kalangan muda mudi Negara kita. Antaranya ialah :

1.         Stesen televisyen tempatan tidak putus-putus menyuguhkan rancangan bercorak hiburan hingga semacam tiada rancangan lain yang boleh disajikan kepada penonton remaja. Stesen televisyen swasta terutamanya berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan realiti berkonsepkan hiburan bagi menaikkan rating penonton. Media cetak juga dicemari dengan lambakan bahan bacaan picisan yang kadar kandungan ilmiahnya cukup kurang. Yang disajikan hanyalah gosip-gosip yang kebenarannya hanyalah secebis, kisah cerai-berai rumah tangga artis terkenal dan ceritera cinta hangat penyanyi popular. Media seharusnya memainkan peranan sebaik-baiknya.

2.         Kewujudan pusat-pusat hiburan juga menjadi faktor kepada kewujudan budaya hedonisme dalam masyarakat hari ini. Malam di kota-kota besar meriah dengan kilauan lampu-lampuan warna dan muzik yang bakal menggoyangkan pinggul sesiapa yang mendengarnya. Pusat-pusat hiburandi negara ini semakin hari semakin menggamit remaja agar mengisi kekosongan di lantai tari. Saban minggu,DJ-DJ dari luar dijemput bagi memeriahkan acara tertentu. Ketidakkawalan kewujudan pusat-pusat hiburan sebenarnya mendatangkan kerosakan dan kepunahan diri generasi pewaris.Rave Party atau parti liar semakin menjadi acara wajib bagisesebuah kelab malam. Operasi pusat hiburan sepatutnya dikawal rapi agar budaya hedonisme ini dapat dibendung daripada menguasai jiwa dan minda remaja.

3.         Kurang pendidikan agama dan pemerhatian daripada ibu bapa merupakan hujah yang agak dilontarkan oleh sesetengah pihak.Sebenarnya, budaya hedonisme ini juga wujud di kalangan generasi ibubapa.Anak-anak zaman ini dibesarkan dengan suasana penuh bebas dan menyimpang dari acuan timur. Implikasinya, anak-anak menjadi liar dansukar dikawal.




KESAN-KESAN BUDAYA HEDONISME

Impak dari pengembangan budaya hedonisme ialah pemasalahan kebejatan social di kalangan remaja.Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme adalah faktor utama masalah sosial. Menurut statistik penangkapan khalwat oleh JAIS bagi tahun2006, bulan Ogos mencatat tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 1547 tangkapan.Hal ini jelas menunjukkan kegiatan sumbang ini meningkat ketika sesuatu perayaan diraikan.Majoriti tangkapan ialah ketika sambutan kemerdekaan diadakan. Adakah ini merdeka yang diertikan oleh anak-anak muda?Selain itu, peningkatan keruntuhan moral dan akhlak remaja turut membimbangkan. Konsert-konsert hiburan walaupun memberi impak kepada keharmonian dan ekonomi negara, namun terlalu banyak mendatangkan kesan negatif. Kegelojohan remaja menyertai program realiti dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar dikhuatiri menjadi aliran baru generasi millennium. Bahkan, hampir setiap minggu remaja diajak berpesta, berdansa dan khayal dengan hiburan.Secara sedar atau tidak, kegiatan ini memacu mereka ke arah keruntuhan moral.Mahu atau tidak, kita bertanggungjawab kepada situasi bobrok ini.

Justeru, hedonisme bakal meruntuhkan tembok pertahanan dalaman degara. Remaja masa kini semakin hilang jati dirinya dek ditelan oleh nafsu buas hedonisme. Semangat patriotik dan cinta akan negara semakin pudar dan luntur.Tembok pertahanan akan mula lemah dan mungkin akan roboh menyembah bumi suatu ketika nanti. Sedar atau tidak, hedonisme merupakan satu senjata sulit dan agenda barat serta gerakan Zionisme dalam melemahkan dan meruntuhkan institusi Islam dan Iman dalam masyarakat kita.Kala ummah leka berhibur, bila-bila masasahaja pesawat pejuang Zionis boleh menjunamkan bom dan peluru untuk meranapkan negara Islam Hadhari yang penuh harmoni ini.Mana amalan IslamHadhari yang dicanang-canangkan oleh kerajaan jika rakyatnya begini. Apabila sosial kita lemah, kurang jati diri dan lembik serba-serbi, musuh Islam denganmudah mengeksploitasikan dan memanipulasikan pemikiran pemuda-pemudi Islam kita.

Oleh yang demikian,tidak hairan lah apabila berita rompakan bank dan kedai emas, kehilangan kenderaan, rasuah, peras-ugut, pengedaran dadah dan lain-lainlagi hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yang dilakukan itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang adalah umpama kuasa yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta,hiburan dan sebagainya. Pendek kata, demi mendapatkan wang yang disifatkan sebagai sumber kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yangsanggup melakukan apa saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkan orang lain dengan pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadai nyawa dan maruah diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Sesuatu hal yangamat membimbangkan kita ialah jenayah-jenayah ini turut membabitkan golongan remaja. Intihalnya,langkah-langkah drastik perlulah diambil bagi mengelakkan kesan-kesan di atas lebih menjadi lebih kritikal seterusnya mendatangkan masalahkepada masyarakat setempat.




CARA-CARA MENGATASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Dalam menangani masalah budaya hedonisme dalam kalangan muda mudi ini,Islam telah menjadi sau penyelesaian terbaik dalam mencari jalan penyelesaian yang pasti mampu merubah pandangan dan perspektif muda mudi terhadap budayahedonism ini.Para ulama memang berperanan dalam isu ini.Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya. Antaranya adalah:

1.         Pertama sekali adalah penanaman dan pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat penting kerana didalam masyarakat Islam menongkah arus globalisasi pada masa kini jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan mantap.Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.Hal ini disebabkan merekalah pewaris agama yang suciini dan perlu bagi mereka memahami dan mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil. Jangan ditunggu sehingga mereka menjadi buluh baru hendak mantapkan mereka dengan ajaran Islam, maka iaakan menjadi sia-sia.

2.         Seterusnya, gerakan dakwah perlulah dipertingkatkan lagi. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Merekajuga perlu mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Mengapa agaknya belia Muslim sekarang agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari kehidupan seharian?Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat yang mereka anggap moden danterkini. Itulah yang perlu mereka kaji

Ilmu Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ia tidak kelihatan 'kolot' oleh anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka berfesyen, mereka boleh teruskan asalkan menutup aurat danfahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan perempuan.Terangkan juga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki dan perempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya contohnya tidak boleh berdua-dua dengan yang bukan muhrim mahupun bersentuh-sentuhan.

Dari situ mereka akan faham bahawa agama Islam tidak melarang sama sekali apa yang mereka gemar lakukan, namun terdapat peraturan-peraturan yang mesti dikuti. Ini adalah kerana agama Islam itu sendiri adalah agama fitrah. Fitrah manusia sukakan keindahan dan kecantikan , kehidupan yang selesadi dunia, harta kekayaan, kenderaan mewah, perhiasan dan berpasang-pasangan.




KESIMPULAN

Jika dilihat sekarang bermacam-macam bencana alam yang berlaku disekeliling kita.Cuaca dunia telah menjadi semakin tidak menentu. Apabila maksiat dan gejala sosial yang disebabkan oleh pengaruh budaya hedonisme tidak terbendung maka akan datang bala Allah seperti banjir besar, wabak penyakit menular dan terkini kemarau berpunca daripada El-Nino. Apabila bencana berlaku,ia akan meliputi semua makhluk sama ada yang beriman atau tidak; inilah iktibar yang didapati pada zaman beberapa Nabi seperti Nuh, Hud dan Musa.Oleh itu umat Islam perlulah merenungkan bahawa segala ujian dan dugaan ini adalah merupakan peringatan kepada manusia yang berterusan melakukan dosadengan mengabaikan perintah Allah. Maka umat Islam perlulah berganding bahu berpegang tangan untuk memastikan penularan pengaruh budaya hedonisme yang merosakkan jati diri umat Islam terutamanya dalam kalangan muda mudi padamasa kini dapat dibanteras sama sekali menyelamatkan diri kita dan generasi umat Islam pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment