SLIDE HEDONISME
HEDONISME
PENYIARAN ISLAM & KOMUNIKASI
Wednesday, 28 September 2016
REPORT HEDONISME
PENGENALAN
PENGENALAN
Hedonisme
berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud kesenangan ialah suatu pola
pemikiran dan budaya hidup yang terlalu sukakan kepada aktiviti hiburan dan
keseronokan semata. Menurut kamus dewan pula, hedonisme ialah pegangan atau pandangan
hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.
Sedar
atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah
mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia
terutamanya dikalangan muda mudi.
Salah
satu faktor penting yang menyumbang kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti
media massa sama ada media cetak atau media elektronik yang memberikan
peruntukan yang sangat banyak kepada aspek hiburan.
Selain
itu, kecenderungan untuk bersuka-sukaan dan bermewah-mewahan juga diistilahkan
sebagai budaya hedonisme. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri ini
seperti memiliki barangan yang berjenama, minum arak, berjudi, bermain muzik,
berhibur di kelab-kelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan
menggiurkan golongan remaja.Gejala sosial yang kian membimbangkan pelbagai pihak
ini dikesan dirangsang oleh pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan
persekitaran.
FAKTOR-FAKTOR
BUDAYA HEDONISME
Bagaimana budaya
hedonisme semakin menjadi pengamalan generasi muda sekarang?Ramai pihak
menyalahkan pihak media sebagai medium utama yang menyebarkan budaya barat
ini. Sebenarnya terdapat banyak faktor-faktor yang menyumbang budaya hedonisme
ini dalam kalangan muda mudi Negara kita. Antaranya ialah :
1. Stesen televisyen tempatan tidak
putus-putus menyuguhkan rancangan bercorak hiburan hingga semacam tiada
rancangan lain yang boleh disajikan kepada penonton remaja. Stesen televisyen
swasta terutamanya berlumba-lumba menyajikan rancangan-rancangan realiti
berkonsepkan hiburan bagi menaikkan rating penonton. Media cetak juga
dicemari dengan lambakan bahan bacaan picisan yang kadar kandungan
ilmiahnya cukup kurang. Yang disajikan hanyalah gosip-gosip yang
kebenarannya hanyalah secebis, kisah cerai-berai rumah tangga artis terkenal dan
ceritera cinta hangat penyanyi popular. Media seharusnya memainkan
peranan sebaik-baiknya.
2. Kewujudan pusat-pusat hiburan juga
menjadi faktor kepada kewujudan budaya hedonisme dalam masyarakat hari ini.
Malam di kota-kota besar meriah dengan kilauan lampu-lampuan warna dan muzik
yang bakal menggoyangkan pinggul sesiapa yang mendengarnya. Pusat-pusat hiburandi
negara ini semakin hari semakin menggamit remaja agar mengisi kekosongan di
lantai tari. Saban minggu,DJ-DJ dari luar dijemput bagi memeriahkan acara
tertentu. Ketidakkawalan kewujudan pusat-pusat hiburan sebenarnya mendatangkan
kerosakan dan kepunahan diri generasi pewaris.Rave Party atau parti liar semakin
menjadi acara wajib bagisesebuah kelab malam. Operasi pusat hiburan sepatutnya
dikawal rapi agar budaya hedonisme ini dapat dibendung daripada menguasai jiwa
dan minda remaja.
3. Kurang pendidikan agama dan pemerhatian
daripada ibu bapa merupakan hujah yang agak dilontarkan oleh sesetengah
pihak.Sebenarnya, budaya hedonisme ini juga wujud di kalangan generasi
ibubapa.Anak-anak zaman ini dibesarkan dengan suasana penuh bebas dan menyimpang
dari acuan timur. Implikasinya, anak-anak menjadi liar dansukar dikawal.
KESAN-KESAN
BUDAYA HEDONISME
Impak
dari pengembangan budaya hedonisme ialah pemasalahan kebejatan social di
kalangan remaja.Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme adalah faktor utama
masalah sosial. Menurut statistik penangkapan khalwat oleh JAIS bagi tahun2006,
bulan Ogos mencatat tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 1547 tangkapan.Hal ini
jelas menunjukkan kegiatan sumbang ini meningkat ketika sesuatu perayaan
diraikan.Majoriti tangkapan ialah ketika sambutan kemerdekaan diadakan. Adakah
ini merdeka yang diertikan oleh anak-anak muda?Selain itu, peningkatan
keruntuhan moral dan akhlak remaja turut membimbangkan. Konsert-konsert hiburan
walaupun memberi impak kepada keharmonian dan ekonomi negara, namun terlalu
banyak mendatangkan kesan negatif. Kegelojohan remaja menyertai program realiti dengan
mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar dikhuatiri menjadi aliran baru
generasi millennium. Bahkan, hampir setiap minggu remaja diajak berpesta,
berdansa dan khayal dengan hiburan.Secara sedar atau tidak, kegiatan ini memacu
mereka ke arah keruntuhan moral.Mahu atau tidak, kita bertanggungjawab kepada
situasi bobrok ini.
Justeru,
hedonisme bakal meruntuhkan tembok pertahanan dalaman degara. Remaja masa kini
semakin hilang jati dirinya dek ditelan oleh nafsu buas hedonisme. Semangat
patriotik dan cinta akan negara semakin pudar dan luntur.Tembok pertahanan akan
mula lemah dan mungkin akan roboh menyembah bumi suatu ketika nanti. Sedar atau
tidak, hedonisme merupakan satu senjata sulit dan agenda barat serta gerakan
Zionisme dalam melemahkan dan meruntuhkan institusi Islam dan Iman dalam
masyarakat kita.Kala ummah leka berhibur, bila-bila masasahaja pesawat pejuang
Zionis boleh menjunamkan bom dan peluru untuk meranapkan negara Islam Hadhari
yang penuh harmoni ini.Mana amalan IslamHadhari yang dicanang-canangkan oleh
kerajaan jika rakyatnya begini. Apabila sosial kita lemah, kurang jati diri dan
lembik serba-serbi, musuh Islam denganmudah mengeksploitasikan dan
memanipulasikan pemikiran pemuda-pemudi Islam kita.
Oleh
yang demikian,tidak hairan lah apabila berita rompakan bank dan kedai emas,
kehilangan kenderaan, rasuah, peras-ugut, pengedaran dadah dan lain-lainlagi
hampir setiap hari menghiasi dada-dada akhbar. Kesemua jenayah yang dilakukan
itu lebih bermotifkan untuk mendapatkan wang, justeru wang adalah umpama kuasa
yang dapat menjana segala keperluan manusia seperti harta,hiburan dan
sebagainya. Pendek kata, demi mendapatkan wang yang disifatkan sebagai sumber
kesenangan dan kemewahan hidup di dunia, ada manusia yangsanggup melakukan apa
saja pekerjaan meskipun barangkali terpaksa menjatuhkan orang lain dengan
pelbagai tipu muslihat ataupun barangkali terpaksa menggadai nyawa dan maruah
diri serta mengorbankan nyawa orang lain. Sesuatu hal yangamat membimbangkan
kita ialah jenayah-jenayah ini turut membabitkan golongan remaja.
Intihalnya,langkah-langkah drastik perlulah diambil bagi mengelakkan kesan-kesan
di atas lebih menjadi lebih kritikal seterusnya mendatangkan masalahkepada
masyarakat setempat.
CARA-CARA
MENGATASI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Dalam menangani
masalah budaya hedonisme dalam kalangan muda mudi ini,Islam telah menjadi sau
penyelesaian terbaik dalam mencari jalan penyelesaian yang pasti mampu merubah
pandangan dan perspektif muda mudi terhadap budayahedonism ini.Para ulama
memang berperanan dalam isu ini.Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya.
Antaranya adalah:
1. Pertama sekali adalah penanaman dan
pengukuhan nilai-nilai Islam di dalam jati diri umat Islam. Hal ini adalah amat
penting kerana didalam masyarakat Islam menongkah arus globalisasi pada masa
kini jati diri dan pegangan umat Islam terhadap syariat Islam perlulah kuat dan
mantap.Perkara ini perlulah dilaksanakan tatkala anak-anak masih lagi kecil bak
kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya.Hal ini disebabkan
merekalah pewaris agama yang suciini dan perlu bagi mereka memahami dan
mencintai Islam semenjak mereka masih lagi kecil. Jangan ditunggu sehingga
mereka menjadi buluh baru hendak mantapkan mereka dengan
ajaran Islam, maka iaakan menjadi sia-sia.
2. Seterusnya, gerakan dakwah perlulah
dipertingkatkan lagi. Para pendakwah perlulah meluaskan skop dakwah mereka
supaya lebih ramai pihak akan menerima dakwah yang disampaikan. Merekajuga perlu
mengubah cara mereka menyampaikan dakwah. Mengapa agaknya belia Muslim sekarang
agak luntur pegangan agamanya dan menganggap agama Islam itu terpisah dari
kehidupan seharian?Mengapakah agama Islam itu dilihat sebagai membebankan dan
hanya menyusahkan mereka? Sebaliknya mereka lebih gemar meniru budaya luar
terutama budaya barat yang mereka anggap moden danterkini. Itulah yang perlu
mereka kaji
Ilmu
Islam pula harus diajar sedemikian rupa agar ia tidak kelihatan 'kolot' oleh
anak muda. Terangkan pada mereka jika mereka suka berfesyen, mereka boleh
teruskan asalkan menutup aurat danfahamkan pengertian aurat itu bagi lelaki dan
perempuan.Terangkan juga agama Islam tidak melarang berkawan antara lelaki
dan perempuan namun hendaklah dijaga batas-batas pergaulannya contohnya tidak
boleh berdua-dua dengan yang bukan muhrim mahupun bersentuh-sentuhan.
Dari
situ mereka akan faham bahawa agama Islam tidak melarang sama sekali apa yang
mereka gemar lakukan, namun terdapat peraturan-peraturan yang mesti dikuti.
Ini adalah kerana agama Islam itu sendiri adalah agama fitrah. Fitrah manusia
sukakan keindahan dan kecantikan , kehidupan yang selesadi dunia, harta
kekayaan, kenderaan mewah, perhiasan dan berpasang-pasangan.
KESIMPULAN
Jika
dilihat sekarang bermacam-macam bencana alam yang berlaku disekeliling
kita.Cuaca dunia telah menjadi semakin tidak menentu. Apabila maksiat dan gejala
sosial yang disebabkan oleh pengaruh budaya hedonisme tidak terbendung maka
akan datang bala Allah seperti banjir besar, wabak penyakit menular dan terkini
kemarau berpunca daripada El-Nino. Apabila bencana berlaku,ia akan meliputi
semua makhluk sama ada yang beriman atau tidak; inilah iktibar yang didapati
pada zaman beberapa Nabi seperti Nuh, Hud dan Musa.Oleh itu umat Islam perlulah
merenungkan bahawa segala ujian dan dugaan ini adalah merupakan peringatan
kepada manusia yang berterusan melakukan dosadengan mengabaikan perintah Allah.
Maka umat Islam perlulah berganding bahu berpegang tangan untuk memastikan
penularan pengaruh budaya hedonisme yang merosakkan jati diri umat Islam
terutamanya dalam kalangan muda mudi padamasa kini dapat dibanteras sama sekali
menyelamatkan diri kita dan generasi umat Islam pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)